Versi Bahasa: BM EN

Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 9 ke atas (dengan resolusi 1024x768).

Pengumuman

KSN’S TOWN HALL SESSION WITH MOW EMPLOYEES
Friday, December 28, 2012

Government (KSN) “Town Hall” Session with Ministry of Works (MoW) employees

 
MOW MENTORING PROGRAM
Friday, December 28, 2012

Mentoring program at Ministry of Works (MoW) and agency level was organized to train, guide and experience to newly appointed officers and employees in MoW.

 

Pengumuman

MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA PESERTA DAN DELEGASI ASC 2012
Friday, December 28, 2012


 Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan satu majlis bagi meraikan kejayaan peserta negara di pertandingan Asean Skills Competition ke-9 yang telah berlangsung dari 15 hingga 17 November 2012 di Jakarta, Indonesia. Majlis yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya.

Dalam ucapannya, YB. Menteri mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Bagi tahun ini, kontinjen Malaysia yang diwakili 16 orang peserta telah memenangi 25 pingat berbanding pencapaian di ASC Bangkok dua tahun lalu yang mencatatkan pungutan sebanyak 15 pingat sahaja. Jumlah pungutan 25 pingat ini adalah terdiri daripada 3 pingat emas, 4 pingat perak, 4 pingat gangsa dan 14 medallion for excellence. Kejayaan ini lebih bermakna apabila 13 daripada 25 pingat yang dimenangi negara adalah di bawah lapan bidang yang telah dipertanggungjawabkan di bawah kementerian ini, iaitu 2 pingat emas, 3 pingat perak, 2 pingat gangsa dan 6 medallion for excellence.

YB. Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Universiti Kuala Lumpur, Malaysia French Institute, Malaysia British Institute, ADTECH Shah Alam, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Latihan Pembangunan Belia, Institut Kemahiran MARA, GIATMARA, Akademi Binaan Malaysia, TWI SEA Sdn. Bhd dan Siemens Malaysia Berhad yang terlibat dalam memastikan kejayaan negara dalam ASC ke-9 ini.

Agensi

Ministry of Works Public Works Department Malaysian Highway Authority JUPEM